setiap perkara yang terjadi di dunia ini mempunyai sejarah tersendiri. samada kita mengetahui ataupun tidak. dan ini berlaku pada diri kita, juga pada orang sekitar kita. kadang kita lebih rela membiarkan sejarah itu menjadi tersirat dari tersurat. setiap manusia yang diciptakan oleh Allah adalah sebaik-baik manusia dan secantik-cantik makhluk. dan tugas manusialah untuk menghiaskan dirinya yang putih suci ketika pertama kali bernafas di muka dunia ini. apa hak kita untuk mempertikaikan ciptaan Allah sedangkan kita tahu Allah itu Maha Besar. dan Dia mengetahui setiap sesuatu walaupun kita memilih untuk membentuk kubu rahsia.
dilahirkan tidak sempurna bukanlah suatu yang perlu dimalukan. bahkan ianya punya hikmah tersendiri. menguji insan sekitar individu itu terutama sang ibu dan ayah. individu itu berhak punya kebahagiaan dan kasih sayang sama persis dengan kakak abang dan adiknya yang lain yang masih normal. jadi kita tidak ada hak untuk memandang hina terhadap orang seperti ini!
fikirkanlah wahai diri.... perlakukan orang seperti mana kita mahu dia perlakukan pada kita jika kita berada di tempatnya...
2 comments:
7:199
"Terimalah apa yang mudah engkau lakukan dan suruhlah dengan perkara yang baik, serta berpalinglah (jangan dihiraukan) orang-orang yang jahil (yang degil dengan kejahilannya)." [7:199]
tq!
Post a Comment