Followers

Before you read my posts, please forgive me for my bad grammar. And inconsistent pronoun, for sometimes I use "aku" and sometimes I use "saya", it depends on my mood and the post. Some of them are in English and some in Malay language. And the pictures in this blog mostly from google images. Btw, thanks for stopping by here.

2012-12-22

Cutiiii yeay


Yeay, bermulalah cuti pendek akhir tahun 2012 dan awal tahun 2013. Dari semalam lagi patutnya, selepas habis exam. Tapi sebab semalam busy jalan-jalan lepas exam, so tak sempat nak tulis post. Ok, tak penting pun. Blog saya, ikut saya la kan! Hahaha..

Ada kawan-kawan yang dah balik semalam malam. Jeles. Tapi takpe. Saya balik hari ni. Yihaaa.. Doakan perjalanan ke Malaysia saya dan kawan-kawan selamat ye...

Tak sabar nak naik kapal terbang *muka bahagia, macam tak pernah naik je*

Cuti kali ni lain dari lain. Masa cuti bulan 8 haritu, keluarga saya cuma ada tujuh setengah orang. Kenapa setengah? Sebab masih dalam perut ibunya. Tapi kali ni saya balik, dah ada lapan orang.... Dan saya dah jadi Ummi Ana, alhamdulillah :D

Dulu saya tak suka budak-budak seriesly. Ada pengalaman buruk dengan budak-budak. Tapi bila balik kampung, saya selalu kena jadi babysitter (lagi best dari tolong masak-masak, hahaha) Lama-lama, perasaan sayang kat anugerah Allah ni menebal. Comel sungguh saudara-saudara yang saya jaga. Maybe sebab mak dan ayah dia comel jugak. Heee.

Kali ni saya nak jaga anak saudara saya pulak. Rasa di hati nak culik je buat anak sendiri. Haha. Tapi masih kecil, kalau bawak balik Jakarta, siapa pulak nak breastfeeding baby Iman kan.

Mengarut mengarut.



Ok, stop dulu la sebelum tulis mengarut lagi.

Nak kemas barang-barang untuk bawak balik. Kena clearkan sikit barang-barang sebab In Shaa Allah, selepas cuti semester bulan dua nanti, bermulalah kehidupan sebagai seorang doktor pembantu (aka KOAS - ko-assisntant --> istilah doktor praktical kat sini)

Salam

No comments: