Followers

Me

My photo
Saya Ummi Ana, Pengedah Sah Shaklee No ID 1210215. Jemput like page saya di facebook dan instagram. Sebarang pertanyaan bolehlah Whatsapp 01124121834 atau email hazliana.nurul@yahoo.com Terima kasih singgah di blog saya.
Before you read my posts, please forgive me for my bad grammar. And inconsistent pronoun, for sometimes I use "aku" and sometimes I use "saya", it depends on my mood and the post. Some of them are in English and some in Malay language. And the pictures in this blog mostly from google images. Btw, thanks for stopping by here.

2012-10-11

Biar orang buat kat kita tapi...

Salam. Selamat pagi.

Lama tak menaip sesuatu kat blog ni. Sebab saya dah mula tulis di diari macam zaman muda-muda dulu. Banyak sangat buku kosong. *mengimbas kembali zaman dulu*

Ok, straight to the point. Actually I want to write bout this long time ago but just don't find the perfect time. Dah lama memendam ni sebenarnya. *Jangan serius sangat*

Biar orang buat macam-macam kat kita... asalkan kita jangan balas kat orang tu.

Biar orang nak kutuk kita, jangan kita kutuk orang.

Biar orang nak perli kita, jangan kita perli orang.

Biar orang nak benci kita, jangan kita benci orang.

Biar orang nak pulaukan kita, jangan kita pulaukan orang.

Biar orang nak menilai kita sesuka hati, asalkan kita tak menilai orang tanpa bukti.

Biar orang nak abaikan kita, tapi jangan sesekali kita abaikan orang.

Biar orang nak sakitkan hati kita, tapi jangan kita sakitkan hati orang lain.

Biar orang nak ambil hak kita, jangan kita ambil hak orang lain.

Biar orang dengki dengan kita tapi kita jangan dengki dengan orang.

Biar orang nak buat jahat dan aniaya kat kita, tapi kita jangan aniaya orang lain!

Sebab, apa bezanya kita dengan orang-orang tersebut kalau kita buat benda yang sama dia buat. Nampak tak point dalam post ni. Tak nampak sudah.

Terus terang, dulu saya bukan jenis macam ni. Dulu rasa geram sangat dekat orang yang sengaja nak perli-perli dengan kelemahan diri. Tapi bila fikir balik, tak guna nak geram dengan orang macam ni. Buang masa. Biarlah Allah yang membalas segalanya. Sebab hanya Dia yang tahu niat sebenar setiap orang tu kan. Lagipun, dah lama saya buang sifat pemarah dalam diri ni. Dah lama tanam sifat tu hidup-hidup. Seriously. Manusia berhak diberi peluang untuk berubah kan.








Maaflah kalau sesiapa terasa dengan post kali ni. Tak ada niat nak tuju dekat sesiapa. Hanya nak luahkan apa yang dah lama tersimpan.


1 comment:

ibu said...

dear, alhamdulillah.