Followers

Before you read my posts, please forgive me for my bad grammar. And inconsistent pronoun, for sometimes I use "aku" and sometimes I use "saya", it depends on my mood and the post. Some of them are in English and some in Malay language. And the pictures in this blog mostly from google images. Btw, thanks for stopping by here.

2012-10-31

Good Luck Wish


Exam exam exam. Yesterday I got skill lab exam - handling fracture case using splint and reduction and immobilization treatment. Well, it might seems easy to normal people but not to med students, at least me myself. Although I remember every steps in the list for the exam, but it just missing in seconds the first step I make into the exam room. What I can do is, keep thinking that I already studied, and lets Allah helps.

And tomorrow, I have another exam. Too many huh? Yeah, not like others, the system at my U is different. In a month period, we need to sit for at least 4 exam. And we don't have what the students called as mid and final exam of the semester. And my brain already adapt to this until sometimes it refused to study. This is what happens now. That's why I'm here instead of revising for tomorrow.

A wiser man once said " If we study for examination, we would be sad and frustrated when we failed the exam BUT if we study for the knowledge, we never regret and be sad."

So here a good luck wish for my course-mates for tomorrow exam.

Oh today we have Pleno - case presentation. Hopefully my group is lucky enough to not to be chosen to present. :D


Say no to coffee! *reminder for myself*

2012-10-26

Selamat Hari Raya Aildiladha 1433H

Allahu Akbar Allahu Akbar Allahu Akbar...

Bergema takbir di seluruh bumi yang terdapat umat Islam, insyaAllah. Rindu pada keluarga, dah 4 tahun tak sambut raya aidiladha dengan diorang. Tapi mereka tetap dalam ingatan.

Terdetik dalam hati, teringin untuk berada di Arafah berwukuf bersama umat Islam yang lain, bermalam di Muzdalifah dan melontar di Mina. Alhamdulillah, setakat ni Allah sudah beri peluang untuk menjejakkan kaki ke sana, menunaikan umrah. Sedikit sebanyak dah ada gambaran cara-cara menunaikan haji. Semoga dipermudahkan niat untuk menunaikan haji suatu hari kelak. Asalkan kita berniat, pasti ada jalan. 

“Padanya terdapat tanda-tanda yang nyata, (di antaranya) maqam Ibrahim; barang siapa memasukinya (Baitullah itu) menjadi amanlah dia; mengerjakan haji adalah kewajiban manusia terhadap Allah, yaitu (bagi) orang yang sanggup mengadakan perjalanan ke Baitullah; Barang siapa mengingkari (kewajiban haji), maka sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak memerlukan sesuatu) dari semesta alam.” (QS. Ali ‘Imraan [3]; ayat: 97)

My bro, in front of Kaabah. InsyaAllah we will visit Kaabah again :D
 Oh lupa, sana sini orang wish selamat hari raya. So aku pun nak juga wish.

Selamat Hari Raya Aidiladha 1433H. May Allah bless all Muslims around the world. And may Allah ease our way to do Haji one day. 

2012-10-20

Harapan muncul kembali


Setelah sekian lama titisan air langit tidak menerjah ke bumi Jakarta, akhirnya semalam muncul jua harapan yang tersadai selama ini. Dan pagi ini juga. Apa lagi yang harus diucapkan melainkan "Syukur, alhamdulillah" kepada Pencipta Langit dan Bumi. Perasaan, usah digambarkan. Terlalu gembira. Gembira yang amat.



2012-10-11

Biar orang buat kat kita tapi...

Salam. Selamat pagi.

Lama tak menaip sesuatu kat blog ni. Sebab saya dah mula tulis di diari macam zaman muda-muda dulu. Banyak sangat buku kosong. *mengimbas kembali zaman dulu*

Ok, straight to the point. Actually I want to write bout this long time ago but just don't find the perfect time. Dah lama memendam ni sebenarnya. *Jangan serius sangat*

Biar orang buat macam-macam kat kita... asalkan kita jangan balas kat orang tu.

Biar orang nak kutuk kita, jangan kita kutuk orang.

Biar orang nak perli kita, jangan kita perli orang.

Biar orang nak benci kita, jangan kita benci orang.

Biar orang nak pulaukan kita, jangan kita pulaukan orang.

Biar orang nak menilai kita sesuka hati, asalkan kita tak menilai orang tanpa bukti.

Biar orang nak abaikan kita, tapi jangan sesekali kita abaikan orang.

Biar orang nak sakitkan hati kita, tapi jangan kita sakitkan hati orang lain.

Biar orang nak ambil hak kita, jangan kita ambil hak orang lain.

Biar orang dengki dengan kita tapi kita jangan dengki dengan orang.

Biar orang nak buat jahat dan aniaya kat kita, tapi kita jangan aniaya orang lain!

Sebab, apa bezanya kita dengan orang-orang tersebut kalau kita buat benda yang sama dia buat. Nampak tak point dalam post ni. Tak nampak sudah.

Terus terang, dulu saya bukan jenis macam ni. Dulu rasa geram sangat dekat orang yang sengaja nak perli-perli dengan kelemahan diri. Tapi bila fikir balik, tak guna nak geram dengan orang macam ni. Buang masa. Biarlah Allah yang membalas segalanya. Sebab hanya Dia yang tahu niat sebenar setiap orang tu kan. Lagipun, dah lama saya buang sifat pemarah dalam diri ni. Dah lama tanam sifat tu hidup-hidup. Seriously. Manusia berhak diberi peluang untuk berubah kan.








Maaflah kalau sesiapa terasa dengan post kali ni. Tak ada niat nak tuju dekat sesiapa. Hanya nak luahkan apa yang dah lama tersimpan.