Followers

Before you read my posts, please forgive me for my bad grammar. And inconsistent pronoun, for sometimes I use "aku" and sometimes I use "saya", it depends on my mood and the post. Some of them are in English and some in Malay language. And the pictures in this blog mostly from google images. Btw, thanks for stopping by here.

2011-10-06

Pleno Blok 19

Blok kali ni aku belajar tentang Cardiovascular Diseases. Banyak juga penyakit yang aku kena tau. Daripada aetiology, pathophysiology, symptoms dan lain-lain. Belajar pasal heart failure, congenital heart diseases dan bla bla bla. Menarik sebenarnya jantung ni tapi complicated sikit.

Semalam kitorang ada Pleno. The whole batch gather to discuss a few cases which we are assigned to do last two weeks. We got 6 cases, in which means, only 6 from 24 groups are selected to do the presenting in front of others. And not lucky enough, my group is one of those 6 groups.

Nasib baik bukan aku yang kena present. So, aku just duduk diam-diam atas kerusi sambil dengar one of my group-mates present. Mesti cuak kan. Ye la, dekat auditorium, penuh dengan orang. Aku tak pernah present. Ada sindrom cuak-nak-pengsan.

Google


Dah la dapat tempat duduk yang hujung sekali, so tak berapa pun nak nampak slide yang ditayangkan untuk tontonan umum. Sejuk lak tu, aircond direct je atas kepala kot. Bosan sebab tak nampak slide, so aku pun ambik kesempatan meng-usya orang-orang di depan aku. Ye la, bila lagi nak usya orang kan. Mana ada orang perasan aku meng-usya sebab mesti semua orang tengah sibuk fokus kat group-mate aku yang tengah present pasal gagal jantung. Ada la beberapa orang yang menarik untuk di-usya. Haha. Mujur tak kantoi.

Hari ni ada exam terakhir untuk blok ni. Semoga dapat buat dengan baik. Pray for me.

Esok cadang nak pergi jejalan jumpa encik dugong dan encik shark. insya-Allah kalau jadi.

2011-10-03

Pedih kehilangan


Kehidupan memerlukan kita menyayangi orang lain. Mungkin satu, dua atau lebih. Kita yakin kita dapat menyayangi insan lain selama hidup kita. Memori dicipta, untuk menyerikan lagi hubungan kasih sayang yang diharapkan tidak ada akhirnya.

Namun satu saat pasti kita akan merasai pengalaman perit, pengalaman yang meruntuhkan segala harapan dan impian kita. Saat di mana kadang kita rasa tidak ada arah tuju. Kadang kita terlalu meratapi sehingga menyalahkan takdir. Saat di mana insan yang kita sayangi, tiada lagi di sisi kita.

Runtuh segala impian yang kita bina bersama. Dia pergi di atas ketentuan Ilahi. Meninggalkan kita sendiri, tanpa sebarang amaran awal. Dan saat itu, dunia gelap di pandangan mata. Udara seakan-akan tiada lagi untuk dihidu.

Sampai bila harus begini, hidup perlu diteruskan. Itu kata-kata normal dan wajib didengar di cuping telinga kita, diucapkan oleh orang sekeliling yang masih setia di sisi kita. Namun, perit di hati kita berbeza-beza. Tahap kepedihan bergantung pada sejauh mana rasa sayang kita. Untuk melupakan dalam sekelip mata, memang mustahil. Rasa bengang, marah pada orang sekeliling yang seakan-akan tidak memahami perasaan kita.

Tapi haruslah kita ingat. Sejauh mana rasa perit kehilangan itu, Dia ada di sana untuk membantu kita. Selama mana kita perlu untuk meratapi, Dia tetap menunggu, setia untuk mendengar segala kepedihan hati. Kerana kelak, kita juga akan kembali padaNya.


2011-09-30

The Smurf!

Smurf smurf!



Actually, dah lama tengok cite ni. Masa bulan 9 aritu. Sampai je dari kampung ke Kuala Lumpur, petang tu terus keluar. Siblings outing. Eh, lupa, ada bakal abang ipar gak. Tengok kat Pavillion. Best. Lama tak keluar ngan adik beradik. Masing-masing sibuk. Masa raya la nak kumpul reramai, ye dak?


Cite ni best, kelakar gak. Paling best sebab abang sendiri belanja. First gaji dia. Tenkiu along ku yang baik hati.

2011-09-29

Good Luck Atiqah and PMR 2011 candidates!


PMR 2011 bakal tiba. tak silap aku bulan 10 ni. next week la kan. Nak wish good luck dan selamat maju jaya kepada semua calon-calon PMR di seluruh dunia.

Google


Dan kepada sedaraku yang sorang ni, kakyang doakan kamu dapat jawab dengan cemerlang dan tenang. Usaha dah, sekarang tinggal tawakal okay!

Good Luck.


2011-09-25

Perasaan atau perasan


Boleh tak kalau kau nak bercakap pasal apa pun dengan sesiapapun, jangan buat muka tak puas hati pandang-pandang aku. Perasaan aku cakap kau tengah hot dengan aku. Tapi kot-kot la aku perasan je kan sebab kebetulan aku je ada kat situ so ko pun pandang-pandang dengan muka bajet tu then sambung cakap ayat-ayat hot dengan kawan ko. Kalau ko ada apa-apa yang nak settle dengan aku cakap je face-to-face. Aku tak makan orang dan aku tak suka orang dok berdendam dengan aku. Fine, maybe aku just perasan je padahal ko bukan cakap pasal aku pun kan.


2011-09-12

5th Sem

And it is officially a full-stop to the 4th sem holidays. Need a new spirit for new semester with new group-mates.



Most importantly, I miss my family and home, a real one.

Hope it is not late to wish Selamat Hari Raya =))