Setibanya di Makkah, kami meletakkan barang di hotel sebelum menuju ke Masjidil Haram untuk menunaikan umrah. Semasa melakukan tawaf, ibu mengikuti ayah dan saya mengikuti adik yang tersayang (haha).. Kami gagahkan juga diri walau ramai juga umat Islam yang melakukan tawaf dan tambah2 lagi, matahari terpacak atas kepala. Selesai tawaf, saya dan adik menunggu ibu dan ayah sebelum meneruskan saie. Dan untuk menyejukkan badan, kami berehat sambil meminum air zam-zam dan membasuh muka dengan air tersebut(my favorite part). Sangat sejuk dan menyegarkan diri. Kalau dulu, masih boleh ke telaga zam-zam di bawah tanah tapi sekarang dah ditutup. Sambil menunggu, kami duduk di satu sudut sambil melihat Kaabah, dan muhasabah diri (favorite part jugakkk, senang cerita, semua kegiatan di tanah suci ni is my favorite!!).
Daripada Aisyah bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Melihat pada tiga perkara adalah ibadah. Melihat wajah ibu bapa, melihat al-Quran dan melihat lautan." - (Riwayat Abu Nuaim) dan ditambah dengan "Melihat Ka'abah". (Riwayat Abu Daud).
|
Beautiful...So calming |
Selesai saja ibu dan ayah menunaikan tawaf, kami menuju ke Bukit Safa untuk melakukan saie. Kalau 10 tahun dulu saya datang ke sini, hanya 2 floor untuk melakukan saie, tapi sekarang sudah menjadi 4 floor, untuk menampung jumlah umat Islam yang semakin meningkat menunaikan Umrah dan Haji. Alhamdulillah. Kami mengambil keputusan untuk ke tingkat bawah untuk melakukan saie. Dari bukit Safa berjalan ke Bukit Marwah dan seterusnya sebanyak 7 kali. Untuk menyempurnakan ibadah umrah ketiga saya dan adik, kami meneruskan dengan cukur/gunting rambut. Kami lanjutkan dengan solat asar, membaca Al-Quran, Maghrib, Isya dan baru pulang ke hotel. Sempat jugak adik mengajak membeli kebab(favorite: kebab telur!!!)
Kami juga dibawa ziarah luar ke Bandar Jeddah. Setiba di sana, kami singgah di Masjid Baghdadiah, menunaikan solat sunat. Dapat jugak lihat Laut Merah. Setelah itu kami dibawa ke Plaza Kornish.....
|
On our way to Jeddah |
Pada hari kedua terakhir kami di Makkah, kami dibawa ke satu muzium peribadi milik orang Makkah. Dan setelah itu, aktiviti bebas. Macam biasa, saya dan adik berjalan2 mencari makanan. Makanan kat Makkah sangat banyak. Paling best, kebab dan roti arab. Tak kan nak makan makanan Malaysia kat tempat orang kan. Dan pada hari ini, kami khatam 30 juzz al-quran, alhamdulillah, tercapai salah satu target.
|
flooding in Makkah, once upon a time |
|
Masjidil Haram pada zaman dulu |
|
The collections. |
|
The Purdah girl.. |
Hari terakhir, pagi itu kami menunaikan tawaf wida' sebelum bertolak ke Lapangan Terbang King Abdul Aziz, Jeddah. Sayu hati meninggalkan Masjidil Haram. Ya Allah, Kau permudahkanlah kami untuk kembali ke tanah suci ini, amin.
|
The only handsome Ayah I have... |
|
Unknown motive |
|
Our rombongan |
Dan perjalanan dari Jeddah ke Singapore mengambil masa 8 jam, dengan transit di Abu Dhabi. Sepanjang perjalanan pulang, saya tidur non-stop! Rugi je makanan....huaaaaa!!! Ibu, kenapa tak kejut kakyang makan... Bila sampai di Changi Airport, sementara menunggu flight ke Kuala Lumpur, perut sempat jugak bunyi2 kelaparan. Nasib baik ada bungkus french fries and kuih2 dari Makkah. Haha... Makan dulu...
Dan selamat tiba di rumah pada tanggal 27 Ogos. Dan demam tinggi menggigil selama 2 hari sebab perubahan cuaca (Manja!)
|
Anak sapa ntah budak kecik tuuu... |
Now I miss there so much.... semoga diberi kesempatan untuk menjejakkan kaki ke sana lagi, insyaAllah.
No comments:
Post a Comment