Followers

Before you read my posts, please forgive me for my bad grammar. And inconsistent pronoun, for sometimes I use "aku" and sometimes I use "saya", it depends on my mood and the post. Some of them are in English and some in Malay language. And the pictures in this blog mostly from google images. Btw, thanks for stopping by here.

2011-11-05

Outdoor Games

Habis blok kali ni, aku pergi main outdoor games dengan 6 orang lagi kawan. Main dekat Buni Ropes Camp, dekat dengan UIN. Nun jauh kat jalan ciputat raya tu haaa. Jauh lebih kurang sama nak pergi bandara, bayar teksi 78 ribu rupiah gak la. Mujur dapat pakcik teksi yang berpengalaman, kalau tak, dah lepas ke Tangerang dah kitorang.

Actually, dah lama dah beli kupon outdoor games ni. Sebulan yang lepas. Masa tu ada promosi, 50% diskaun untuk 5 orang. Tapi tadi ada lagi 2 orang yang ikut. Lagi ramai lagi syiok.

Kupon tu just cover flying fox, fun games dan swimming. Tapi tadi kitorang beli pakej yang lain gak. Main game berhalangan yang lain. Kena tambah xtra 40k. Best, mencabar gak la.

Fun games tu just game untuk merapatkan hubungan sesama kitorang. Game yang lebih kepada kordinasi, konsentrasi. Siapa buat salah, ape lagi, kena conteng la muka dengan water color. Hehe.

Lepas fun games, kitorang main outdoor games lak. Erm, tak reti nak describe, nanti la tengok gambar bila dah upload. Sangat best. Meningkatkan adrenalin. Tambah-tambah lagi aku dah tergelincir kat salah satu game, tergantung kat tali tu. Tapi ada renjer tu tolong tarik ke atas balik. Kenangan terbaik.

Lama jugak, nak tunggu ketujuh-tujuh habis main kat track tu. Lepas habis, kitorang main flying fox pulak. Nak pergi kat tempat tu, kena panjat lagi tangga bapak tinggi. Capek giler la. Tapi bila dah sampai kat atas tu, sangat best. Tinggi, ada angin, dapat tengok keadaan sekeliling. Then bila meluncur tu, rasa sangat bebas... Rasa nak naik lagi sekali je.



Lepas dah penat-penat main game, kitorang serbu swimming pool pulak. Tak ramai orang, so bebas la nak main dalam kolam tu kan. Dekat 2 jam gak la berendam, dengan sinaran matahari direct je kat muka, memang sunburn la!

Balik dekat jam 3 lebih gak la. Singgah Pondok Indah Mall untuk makan. Lapau tahap gaban dah. Tak lunch pun. Lepak-lepak kat PIM sampai maghrib. 

Balik rumah, penat tapi tak dapat tidur. Dengar takbir, syahdu je. Esok raya oiii.

p/s ::: tak de lagi gambar kat camp tu sebab tak ambik lagi dari sumber tertentu. Next time je la.

p/ss ::: tempat ni sesuai gak nak buat aktiviti sesama kawan. leyh camping. cuma takde la besar mana pun, but still puas hati..


4 comments:

ibnyusoff said...

kena try ni,hmm..korg dpt tau tmpat ni dari sape? n cne tmpat tu?ok x kalo utk ramai? overall,tmpat tu cne?preferable or x?

+aNa baNana+ said...
This comment has been removed by the author.
+aNa baNana+ said...

ibnyusoff::: oo, aku jumpe diskaun tu kt website dealkeren.

tempat tu bg aku ok kot. tp x bape besar. game die biase2 je actually, tp enjoy gak la.xde la mencabar sgt bg korg yg dh advanced kot. try tny farah. die lg pakar. hehe~~~ aku ade ambik list harge if nk buat xtvt kumpulan ramai2..

ibnyusoff said...

okeh..thanx 4 d info =) blom cbe blom tau,hehe..