So many events and things happen during this 15 days. And I really enjoy my days.
Oh, last update aku adalah pasal kitorang pergi game outdoor kan. So esoknya tu pergi kedutaan untuk sambut Hari Raya Korban. Pergi pagi-pagi sebab nak solat raya. Pastu tengok tengok orang sembelih kambing dan lembu. Banyak gak. Lepas tu balik, tak tunggu makan tengah hari sebab aku tak gemar makan daging kambing or lembu sangat pun. Balik-balik pergi CL jalan-jalan dengan housemate. Heeee.
Haritu ada jamuan raya. Batch aku yang buat. So, untuk batch aku je la kan. Sangat banyak food, yang sedap sedap belaka. Full perut aku. Kenyang! Sangat berterima kasih kepada semua-semua yang plan jamuan ni, semua-semua yang datang dan semua-semua yang masak. Kalau tahun lepas, aku akan balik awal sebelum orang tangkap gambar batch. Tapi tahun ni, lain dah. Hahaha. Sampai bila nak jadi camtu kan...
Next, aku ada pergi derma darah kat satu pusat derma darah kat Jakarta ni. Kitorang pergi bersepuluh tapi hanya 7 je yang dapat derma. Lagi 3 tu ada lah sebab-sebabnya, tak cukup syarat. Patutnya aku derma 350cc tapi darah aku hanya keluar sebanyak 280cc je. So, brother tu kena lah stop kan darah aku. Adeh. Takpe, asalkan dapat menderma.
Khamis lepas, aku pergi main bowling. Tak pernah dalam hidup aku teringin nak main bowling. Tapi sebab kawan aku ajak dam masa tu aku pun sangat lah bosan tak tau nak buat apa kat rumah, aku pun join lah beliau. First time oo main bowling, first time pegang bola bowling. Hahaha. Budak umur 8 tahun pun dah main bowling. Adeiiii... Lepas main bowling, kitorang pergi makan kat KLV pusat. Boleh lah tahan sedapnya..
Nasi Lemak ayam madu KLV |
Petang tu, aku kena pergi kursus yang MARA buat. Ramai gak, 50 orang (32 orang dari batch aku). Tapi best sebab event ni buat kat Hotel Parklane Casablanca, Jakarta. Bilik pun dapat 2 orang 1 bilik. Memang best lah. Makan-makan pun sedap. Jadual kursus ni pun tak padat dan tak terasa macam kena paksa pergi pun. Lagipun, duit teksi boleh claim. Memang sayang MARA habis lah!!! Lap uuuu MARA.