Followers

Before you read my posts, please forgive me for my bad grammar. And inconsistent pronoun, for sometimes I use "aku" and sometimes I use "saya", it depends on my mood and the post. Some of them are in English and some in Malay language. And the pictures in this blog mostly from google images. Btw, thanks for stopping by here.
Showing posts with label love and me. Show all posts
Showing posts with label love and me. Show all posts

2016-07-21

Harapan



Pernah tak korang terlalu mengharapkan seseorang tu jadi seperti yang korang nak?
Terlalu tinggi harapan kita, bila tak terpenuhi, hati mula kecewa.
Perlahan-lahan hati terluka.
Sampai satu tahap, harapan pudar dengan sendiri.
Mulut terkunci.
Membawa diri.
Mungkin lebih baik mendiamkan diri, menjauhkan diri.

Ingin saja kaki ini melangkah jauh, lari dari fantasiku.
Tapi sekarang berbeza dengan dahulu.

Andai saja aku dapat terbang bebas dari angan-anganku....
Andai saja...



2015-04-03

penghargaan kepada usaha

Apa perasaan anda kalau,

Kita berusaha, berusaha dan berusaha keras untuk membuat sesuatu untuk membahagiakan pasangan kita atau orang di sekeliling kita,

Tapi, pada akhirnya, takda ucapan terima kasih, takda penghargaan.

Semua usaha tu hanya dipandang sebelah mata je.

Hmmm....

Ntah la.

Kadang malas nak rasa tak dihargai, tak disayangi.

Solution? Pergi? Atau pertahankan?

2015-03-28

Second Chance?


Malam tadi, aku tengok cerita Ajaibnya Cinta episod 4. Well, I downloaded it from the internet, because I seriously don't like watch it on TV with those 'Iklan"sss... Malas nak menunggu.

Dan, aku tertarik dengan satu ayat ni,

"Kalau kau nak accept dia balik, kau kena maafkan, kau kena lupakan semua benda. Kalau tak, masalah nanti, kau akan ungkit dan ungkit dan ungkit."

Dush... Terkesima kejap.

And I keep thinking, well, I decided to give THE second opportunity once, after all the things he had done. But I just, you know, JUST can't forget the past. No matter how hard I try to forget them, they just keep coming and coming, hacking my mind and feelings.

This is where I do mistakes...

Mistakes that had BIG result in my relationship with him,

coz it end the relationship.

Although I know, my heart still missing him.

Still.

Miss.

Him.

And I keep blaming others, the people that being around us, for making this relationship didn't work as I hope and thought. Because I am too afraid to admit my own mistake. Or maybe I am being selfish?

But, as time goes by, I realize, the relationship doesn't work, not because others. But the main problem is me and him.

Me, for not being able to forget everything before giving him THE second chance.
And him, for not being strong enough to fight for me.

And, now. It's over.

It's O V E R.

And I will always remember this, my previous mistakes, only for to teach me not to repeat the same mistakes, ever again. Hopefully.

Haha. Nonsense.

2015-03-10

Percutian ke Sabah - Hari Pertama


Pagi-pagi lagi dah siap-siap untuk ke KL Sentral. Sebab malas nak naik bas ke KL Sentral, so, kenalah tumpang my kakak untuk ke stesen Monorail Titiwangsa. Naik monorail direct ke KL Sentral, dah janji dengan another two friends untuk jumpa kat situ before pergi KLIA 2. Dari KL Sentral, kami bertiga naik bas yang berada di tingkat paling bawah KL Sentral. 

Kenapa tak naik KLIA transit? Ala, lebih kurang je. KLIA transit 30 minit, harga RM35. Kalau bas, 45 minit, harga RM10. See, nak jimat naiklah bas. 

Sampai di KLIA 2 lebih kurang jam 10.30 pagi. Flight jam 12.45 tengah hari. So setelah jumpa kawan-kawan yang lain, kami menuju kaunter drop baggage sebab dah check-in awal-awal kat rumah. After that, cari tempat makan untuk isi perut dulu sebelum terbang 2 jam setengah. 

Alhamdulillah, flight tak delay dan kami selamat sampai di Terminal 2 Lapangan Terbang Kota Kinabalu jam 3.15 petang. Dan abang driver, Abang Sufyan dah tunggu pun kat Airport. Kami terus naik kereta Exora untuk menuju ke destinasi pertama iaitu 1Borneo Hypermall. Menurut beliau, hypermall nilah mall paling besar kat Sabah. Besarlah jugak.

Sekitar jam 5.45 petang, kami bergerak menuju ke Tanjung Aru di Kota Kinabalu untuk mencari tempat makan malam dan untuk tengok Sunset. Tapi disebabkan jem, tak sempat sampai sebelum sunset. Bukan rezeki kami.

Banyak sangat kedai dengan pelbagai pilihan kat Tanjung Aru ni. Tapi kena berhati-hati dan pandai pilihlah. Mostly menu yang ada adalah seafood sebab berdekatan dengan pantai. Menu makan malam kami adalah ikan siakap tiga rasa, ikan bawal bakar, udang goreng tepung, sotong, kangkung dan kailan. Alhamdulillah, kenyang dan boleh tahanlah sedapnya.




Dalam perjalanan nak ke Tanjung Aru, dapatlah tengok Masjid Bandaraya, Likas tapi tak singgah sebab perut masing-masing dah lapar. Cantik sangat masjid ni, nampak macam terapung.

Masjid Bandaraya, Likas


Lepas makan malam, Abang Sufyan bawak kami ke Perdana Park, Tanjung Aru. Kat sini ada air pancut yang sangat sangat lawa dan kreatif. Ramai jugak yang melepak kat sini malam-malam. Bayaran parking RM 1/kereta (bukan kami yang bayarlah hehe). 





Masing-masing dah penat, so kami bergerak menuju ke Homestay. Lebih kurang 30 minit dari Kota Kinabalu.



Day 1 Expenses :

Transportation - RM 2.50 (monorail) + RM 10 (bus from KL Sentral to KLIA)
Lunch - RM 15
Dinner - average RM 20/person
Others (mineral water,etc) - RM 10

Total Day 1 : RM 47.50

*RM 522.50

Percutian ke Sabah - Flight ticket, Homestay and Kereta


Alhamdulillah, dapat jugak bercuti ke Sabah dengan kawan-kawan seUniversiti yang sekarang tengah menganggur tak kerja kerja lagi. Kami bertujuh pergi ke Sabah selama 4 hari 3 malam.

Sebelum menjejakkan kaki ke Sabah, perkara penting yang perlu diuruskan adalah

Tiket kapal terbang
Homestay
Kereta

Sebenarnya idea nak pergi ke Sabah ni muncul last year lagi, lepas dah habis belajar dan menunggu tarikh nak konvo. Kebetulan masa tengah tengok tengok tiket kapal terbang, eh, ada promo la pulak dekat AirAsia. Two ways dari KL ke KK hanya RM 200. Kira ok la tu kan. Tambah baggage sikit, jadilah RM 225 seorang.

Sebulan sebelum ke Sabah, barulah diri ni rajin nak mengGoogle pakej-pakej ke Sabah. Takkan la nak main terjah je ke Sabah before book hotel/homestay kan. Sebab kami bertujuh orang, so kami decide untuk duduk di Homestay, lagi jimat kot.

Nasib baik ayah ringan tulang membantu saya mencari pakej yang berpatutan. Setelah tawar-menawar, dapatlah harga RM 250/orang. Harga tu dah termasuk homestay, kereta, driver dan minyak.

Homestay yang kami duduk adalah di University Condo Apartment 2, Menggatal. Ada 3 bilik tidur dan 2 bilik air. Ada dapur, boleh memasak. Disediakan juga peti ais, water heater, mesin basuh, aircond, kipas, iron. Hampir lengkap jugaklah homestay ni. Ada jugak swimming pool tapi tak sempat nak pergi sebab asyik balik lambat je setiap hari. Haha.


Basic Expenses :
Flight ticket two ways - RM 225
Homestay and Car - RM 250

Total : RM 475

Lagi tentang Sabah:
Percutian ke Sabah - Hari Pertama
Percutian ke Sabah - Hari Kedua
Percutian ke Sabah - Hari Ketiga
Percutian ke Sabah - Hari Ke Empat

2015-02-25

Rushing? No!

Being in a relationship, ops, was in a relationship, for several years, tought me few things.

One of them is, not to rush things.

Yeah, this is one of my mistakes, I always try to push things that I know will not happen as my wish.

I need to learn to be more patient. If that love belongs to me, it will one day. Patience is the key here.

As people said, kalau dah jodoh tak kemana, right?

And I'm waiting for the 'serious' signs...

2015-02-22

Alpa

Kadang manusia tertanya-tanya
Kenapa bahagia tak kunjung tiba
Kenapa senyuman tak pernah dikecapi

Sedangkan mereka lupa
Bahwa diri mereka semakin jauh dari Sang Pencipta.

-anna15

2015-02-18

Bodoh

Bodoh ke aku
Jika memaafkan dan memberi peluang lagi

Bodoh ke aku
Mempercayai insan yang mengkhianati kepercayaan aku

Bodoh ke aku
Pura-pura tersenyum sedangkan hati masih menangis

Bodoh ke aku
Terus setia sedangkan dia?

-anna15

2015-02-16

Jemu

Takkan setiap kali kantoi nak kene marah.

Manusia ada tahap kesabaran. The limit varies. Mungkin hari ini kau anggap benda ni perkara kecik. Kecik bagi kau, tak bermakna kecik bagi aku.

Mungkin hari ini hati ini masih dengan kau.
Tapi kalau kau terus uji kesabaran hati ini,
Mungkin kaki ini akan melangkah pergi, jauh.

Mungkin.
Try me.

#merapu pagi buta. #janganingatakubodoh

Eh ape ko ingat ni instagram ke nak berhashtag bagai. Nite. Haha

2015-02-10

My First Homemade Cake

Hai,,,

Bila jadi penganggur kebosanan ni, mulalah nak explore buat benda2 baru. Takkan nak keluar hari2 plak, pokai la aku. So, i decided to try to make a Cake,,, a cheesecake.

Resepi? Google je, senang. Bila google tu, cari 'resepi cheesecake mudah dan sedap' haha, nampak tak kemalasan di situ..

Actually dah beli barang2 bulan lepas lagi but tak sempat buat sebab busy dengan majlis graduation. So sebelum expired cheese block tu, better aku buat. Kang membazir plak.

Kali ni aku masak kek ni tanpa bantuan ibu or kakak aku. Haha, konon teror la tu.. cuak gak nak try. Takut tak menjadi.

Lepas dah siap je, punya la xsabar nak rasa sampai lupa nak sejukkan dulu kek tu. Keluar je dari oven, aku terus terbalikkan kek ke pinggan... hahaha,,, hancur sudah kek keju gue..  gelak kat diri sendiri. Gelojoh!

Bila bagi ibu rasa, ibu kata sedap tapi manis sikit la.. maybe terlebih susu kot.. takpe, at least ada usaha ☺

Next, rasa nak buat chocolate cake plak. InsyaAllah.

2015-02-09

mistakes



Yesterday, I made a really huge mistake,
That I only realize it Today.

But it is too late,
The heart I hurt, is really hurting,
That the word Sorry will never working,
Again.

You,
For a thousand times,
I am really Sorry,
I am.

-annaharun15

2015-01-24

Another One?


Rasa cam nak buat satu lagi blog untuk tulis-tulis yang berkaitan dengan hati dan perasaan, tapi tapi tapi, satu blog ni pun susah nak jaga. Hahaha! So forgive me kalau kadang-kadang post kat sini agak kejiwangan atau galau sikit, ala sikit je pun.

Countdown, lagi 3 hari nak angkat sumpah jadi doktor ni. Nebes!

2015-01-17

Conflict



yes,
i am in the situation
confused. puzzled.
with my own feeling.

huh.

what did people always do
to hear what is the brain said
or to follow the heart?

logically or emotionally

complicated.
true, life is complicated.
but only if human make it that ways.


2015-01-15

finally i did it

yeah, it's true. finally, i finished my medic studies after 5 years and half.

Alhamdulillah.

sekarang just tunggu untuk majlis pelantikan sebagai seorang doktor (oath taking ceremony), maybe akhir bulan ni.

1 weeks and 5 days more. seriously, tak tau nak buat apa lama-lama kat sini. rehearsal pon lambat lagi. bosan bosan bosan. tengok cerita dah, tidur pun dah. jalan-jalan pun dah. dating je belum. haha.

tak sangka sebenarnya dah habis belajar. cabaran baru akan menjelma. hidup sebagai seorang HO, well, dari nasihat senior, kena kuat dari segi mental, fisikal dan emosi. biasalah kalau kena maki hari-hari.

sebenarnya tak buat decision lagi  nak pilih hospital mana untuk practical nanti. perak or kl? huh...

*entry bosan*

2014-12-19

uneasy feeling


avoiding 'that' issue
when the family wanna discuss it
when the friends ask bout it
and when i feel irritable about it

just not gonna solve the problem.

question is,
do i still have that feeling
the exact same feeling?

2014-12-11

decision


lets us take our own path
and see
if we ever bump to each other again.

2014-10-23

kenangan antara kita



terlalu banyak kenangan dicipta
terlalu banyak kenangan dibina
indah
bahagia
kau berjaya mengukir senyuman dibibirku

jujur aku katakan
begitu sukar untuk melupakan 
walau sebatu aku lari jauh
aku tetap kalah
maafkan aku...

aku pilih untuk menyimpan
semua kenangan kita
walau jauh di sudut hati
kadang aku terluka sendiri...


"Hati kita umpama kaca, yang sekali tergores akan susah hilangnya, Hati kita umpama batu, yang sekali terukir namanya akan susah untuk menghilangkannya."



2014-10-17

you mean everything to me




if only you read this, i dedicated this song to you... *saya jumpa lagu ni pon kat blog awak gak*

You are the answer to my lonely prayer
You are an angel from above
I was so lonely till you came to me
With the wonder of your love

I don't know how I ever lived before
You are my life
My destiny
Oh, my darling
I love you so
You mean everything to me

If you should ever, ever go away
There would be lonely tears to cry
The sun above would be never shine again
There would be teardrops in the sky

So hold me close and never let me go
And say our love will always be
Oh, my darling
I love you so
You mean everything to me (you mean everything to me)

So hold me close and never let me go
And say our love will always be
Oh, my darling
I love you so
You mean everything to me



#song #songslyric 

2014-10-03

Ruang


Mungkin kau perlukan ruang
Untuk berfikir










Dan aku tak akan mengganggu...
dan mendesak...





after all, 
cinta ikhlas itu
bukanlah yang dipaksa.




- banyak bende nak tulis tapi tak terungkap oleh kata-kata, biarlah bermain di fikiran.

2014-09-30

Again, Sorry


Aku berdoa pada Tuhan
Agar Dia memberikan yang terbaik buat kita
Sejujurnya,
Aku bukanlah yang terbaik buat kamu

Maybe you deserve someone better than me,
Someone that can take care of your heart,
Someone who can spend time with you,
Someone who can take care of your life.

I am sorry
For anything that happen in the future.

Mudah untuk mengungkap kata Maaf
Tapi luka di hati kau
Tak akan pernah aku dapat sembuhkan....