Sekarang ni, ramai benor kawan-kawan kat sini yang jatuh sakit. Ada selsema, demam, diarrhea, typhoid fever, toothache, dan lain-lain. Tapi syukur lah, exam semester dah habis. Hanya menunggu detik Ramadhan dan juga OSCE di bulan Ramadhan ini. Semoga Allah membantu kami dalam ujian OSCE dan kawan-kawan yang mengambil short sem. Insya-Allah.
Selsema dah 5 hari dah ni. Selalunya lepas 3 hari dia sembuh sendiri. Ubat? Makan panadol je. Ni pon dah habis satu papan. Malas beli lain. Pahit. Doktor? Jangan harap aku nak pergi jumpa doktor. Selsema je pun. Tunggu lagi dua tiga hari insya-Allah sihat, dengan izin Allah.
Hari ni kakak aku bertunang. Tapi aku tak balik. Sedih. Takpe la kot. Tunang je. Nanti dia kawin, aku mesti balik! Wajib. Aku ada sorang tu je la kakak sejak azali hingga akhir nafas aku. Itu je la kakak yang Allah bagi untuk menjadi kakak yang baik dan caring kat aku. Sedih sebab dia dah nak tunang. Pasni kawin. Lepas kawin mestilah dia sibuk dengan famili dia. Kurang satu tempat aku nak bergurau senda, meluahkan masalah, gelak ketawa, tengok cerita sama-sama sambil makan seaweed, bertepuk tampar tak ingat dunia, paling best bila tidur, aku dapat sepak dia tanpa sengaja. Hahahaha~~~
Kecik-kecik selalu buat aktiviti jahat sama-sama. Buli adik, ikat adik kat kerusi, lari dari rumah, mandi dalam kolam ikan keli. Tapi takde la semua aktiviti jahat. Ada yang baik. Makan durian sama-sama, tolong ibu ayah basuh pinggan, tolong buang taik dan tulang ikan bilis, tolong petik buah rosel untuk buat air.
Apa-apa pun, aku tetap sayang kakak aku ni. heee~~~
Semoga majlis hari ni berjalan dengan lancar. Amin.