Jika ini yang kau impikan, aku turutkan saja. Menerima dengan hati terbuka. Memaksa fikiran untuk tidak memberontak. Mungkin benar katamu. Ini saja jalan yang ada, jalan untuk menghindari kehilangan diri masing-masing. Dan aku meletakkan kepercayaan kepadamu. Aku pasrah dan redha. Kerana Allah sentiasa ada untuk kita. Jika benar kau diciptakan untukku, suatu hari pasti kau akan kumiliki. Andai saja bukan takdir kita bersama, ku relakan segalanya. Dan ku pinta darimu, buangkan saja kenangan lama. Dan bina memori baru dengan berkat Ilahi. Hidup di dunia adalah sebagai hamba Allah, dan kepadaNya lah kita harus meluahkan rasa cinta ini. Insya-Allah.
p/s ::: tiada kaitan dengan diri sendiri atau sesiapa pun. hehe.
No comments:
Post a Comment