Followers

Before you read my posts, please forgive me for my bad grammar. And inconsistent pronoun, for sometimes I use "aku" and sometimes I use "saya", it depends on my mood and the post. Some of them are in English and some in Malay language. And the pictures in this blog mostly from google images. Btw, thanks for stopping by here.

2010-12-31

2010 melabuhkan tirai


2010
Sebuah tahun yang terlalu banyak kenangan
Tahun yang meninggalkan kesan dalam hati
Tahun yang banyak cabaran berliku-liku
Tahun yang gembira juga sedih

bukan itu yang aku tekankan

1 Januari 2011
sudah 20 tahun aku hidup di muka bumi
air mata mengalir, tanda bersyukur
kerana di beri peluang oleh Allah untuk terus menikmati hidup ini
kerana di beri peluang untuk mencari kesalahan diri dan bertaubat kepadaNya
kerana di beri peluang untuk hidup di samping keluarga yang dianugerahkan

Ya Allah
Semoga umurku dipanjangkan
Rezekiku dipermurahkan
Kesihatanku dijaga
Dan amalanku diterima
Begitu juga buat keluarga serta rakan-rakanku

2010-12-30

Resah


ku pejam mata ku layangkan fikiran
setitik demi setitik ku biarkan cairan mengalir
hati kata lepaskan naluri kata hentikan

sampai bila harus begini?

2010-12-28

Jalan-Jalan ke Bukit Merah Laketown Resort.

Date : 23 - 25 December 2010
With my Family and my mother's youngest sister's family.

Pet Mice

Hamster







Talk to the Hand please

p/s : i love to put watermark on my pictures so that people can't claim the pictures as theirs. ^_^

2010-12-23

Away



- will not updating blog until Monday. want to enjoy my holiday. see ya-

2010-12-22

Tosai

Degupan jantung masih kencang
Nafas hidung masih turun naik
Bukan setakat tangan yang terketar-ketar
Tubuh ikut juga, menggigil kedinginan

Petanda hati terlalu gembira tiba di rumah
atau sejuk sebab tidur dalam aircond suhu 16 tak pakai selimut!
-© Anna

haha~~~



Alhamdulillah. selamat tiba di bumi tanah air tercinta malam semalam.
Satu permulaan yang hebat.
Sebab dapat pekena tosai 2 keping bila sampai rumah.
Dan tidur dengan kura-kura baru.
Dan abang adik pun rindu sama aku.



source


p/s : Tapi telinga masih sakit efek naik kapal terbang dengan hidung tersumbat~~~


p/ss ::: nak buat list nak makan apa sepanjang cuti nie~~~ naik lagi lah kilo aku ni...

2010-12-21

Pulang akhirnya.



Jantung tak berhenti berdegup laju
Hati berfungsi melebihi had
Tangan terketar-ketar
Nafas naik turun


Petanda exam mahu berakhir kah ini
Atau diri tak sabar untuk pulang?
-© Anna


-semoga perjalanan hari ini dilancarkan dan tidak ada apa-apa masalah. semoga-
-tidak sabar mahu melantak tosai di kedai mamak.hehe-
-Selamat tinggal Jakarta. Welcome Ana to Kuala Lumpur, home sweet home-



p/s : selsema masih berbaki, semoga saja tidak ada masalah di airport bila kena scan.haha.buat teman-teman yang tidak pulang, sila jaga diri masing-masing memandangkan cuaca di sini sangatlah tak menentu. 


p/ss ::: Good luck untuk paper last ni!

2010-12-20

Kisah megi dan budak medik

Di suatu petang, menanti detik-detik akhir exam blok 12, blok infeksi dan imunitas. Tiga gadis pingitan lepak-lepak sambil belajar dan mulut tak berhenti mengunyah selama 3 jam berlalu. 


Miss A : moh makan megi. [tepuk-tepuk perut lepas makan pisang goreng]
Miss L : megi double plus telur satu [sambil otak rasa waswas nak makan megi setelah sekian lama tak sentuh megi]
Miss A : kalau ada telur best ni.
Miss L : [sambil memandang Miss N] kau ada telur tak?
Miss N : [blur dan selamba] ada, kat dalam tandas.


Miss A dan Miss L saling berpandangan. ketawa berderai. terasa megi tersekat kat laring. hah! memang bahaya budak medik bila stress nak exam ni.
-© Anna
Source

p/s ::: sampai sekarang masih gelak sorang-sorang ingat kes ni. aduhai kawan aku sorang ni.


p/ss ::: good luck esok exam!

Berambus

Source
Ditanya sepatah
Dijawab sepatah
Dihulur senyuman
Disambut hambar


Senyuman tidak berbalas
Panggilan tidak disahut
Salam tangan tidak bersatu


Tidak mengerti lagikah
Ringan-ringankan kaki
Melangkahlah kau pergi
Tenangkan diriku ini

-© Anna




p/s ::: besok balik wehhhh!!!!!


p/ss ::: perut rasa nak pecah dah, terlampau input kat rumah kawan. hihihi... thanks friends~~~