Followers

Before you read my posts, please forgive me for my bad grammar. And inconsistent pronoun, for sometimes I use "aku" and sometimes I use "saya", it depends on my mood and the post. Some of them are in English and some in Malay language. And the pictures in this blog mostly from google images. Btw, thanks for stopping by here.

2010-12-03

Ayam Bakar Lada Hitam


Mari memasak lagi. Ok. Sebab baru beli ayam dari kedai yang jual ayam yang kat sebelah ayam jakarta tu, so, timbullah idea nak makan ayam. Memanglah kan. Takkan beli ayam tapi makan itik kot. 


Sekali masak untuk dua kali makan. Jimat masa owh. Malas nak masuk dapur masak banyak banyak kali. Alhamdulillah, walaupun baru mencuba, rasa dia taklah seteruk budak tadika memasak. Nampaklah gaya macam orang boleh bukak kedai jual lauk ayam je. Lauk lain tak pandai. Hehehe. Saya suka bakar ayam sebab tak perlu guna minyak sangat. Lagipun tak makan masa yang lama. Tahun ni je boleh masak guna microwave. Pas ni, pindah rumah, takde microwave dah. Sob sob sob. Sedih. Ingat nak beli oven, murah sikit dari microwave. Tapi tengok bajet dulu lah. ^_^


p/s ::: teringin nak pandai masak semua jenis masakan macam my mum. tak perlu jadi macam chef wan la. macam cik Hana ni pun ok la.. hehe

p/ss ::: sejak kurang makan benda minyak-minyak ni, kurang sikit jerawat aku. sebelum ni 80%, sekarang ada la 50%. haha..mcm xde beza.

2010-12-01

Simple Fried Macaroni


Salam and good evening.

today i wanna post bout food again. ahah. there is no me without food. again, i'm not a great cooker as my other friends but still learning. better than nothing, right?

tadaaaa~~~ simple fried macaroni. you just need to spare your 30 minutes and it's ready to be eaten by you. 30 minutes for chopping and cooking. suitable for me as student who need to find extra time to cook. need recipe? just Google it lah. or just cook by listening to your heart and mood. hhahaaaaa. sometimes i did that way but need to take the risk for their taste lah. weeee~~~~


if you like little sour taste, just put lime juice onto your macaroni. lime is good, for your health too.


still, i miss my mum's cooking. cant wait to go home, another 21 days!!! wowotttttt...

-happy cooking-

Firman Allah :
"Dan Kami telah menaungi kamu dengan awan (dari panas matahari di padang pasir) dan Kami turunkan kepada kamu "Manna" dan "Salwa",: Makanlah dari makanan-makanan yang baik yang Kami telah kurniakan kepada kamu dan tidaklah mereka menganiaya Kami (sebab mereka kufurkan nikmat itu), tetapi sebenarnya mereka adalah menganiaya diri sendiri."[2:57]

p/s ::: rindu nak makan tosai giler giler dah ni...

p/ss ::: makanlah makanan yang halal, bersih, sihat dan bermanfaat.


Selamat tinggal November



Selamat datang lagi, December....

2010-11-29

Kamu Yang Memiliki Hatiku

yang ku inginkan adalah kamu
yang ku dambakan adalah kamu
kamu kamu dan kamu
hanya kamu sehingga akhirnya


hari-hariku bertemankan gambarmu
minit-minitku cuma dengan kenanganmu
tidak mungkin aku lupuskan kamu
dari ingatanku setiap saat


oh kamu
mengapa di pisah laut luas
mengapa di jarak beribu batu
tidak tertahan lagi rindu ini
ingin saja ku terbang bebas


kamu yang bernama cinta
kamu yang digelar rindu
kamu si pencuri hati
oh kekallah kamu di sana
-Anna

p/s ::: ngarut je pagi-pagi. hehe....sorry

2010-11-28

Musim Cuti Sekolah = Musim Masjid Dibina

Cuti sekolah dah seminggu bermula.
Budak-budak tingkatan lima sibuk dengan SPM.
Pelajar lain gembira tak terkata tak payah sekolah.
Tak payah ada kerja rumah.
Tak payah dengar cikgu membebel-bebel.
Tak payah datang aktiviti kat sekolah.

Bukan takat sekolah rendah dan menengah je.
Banyak universiti dan kolej dah mula cuti.
Tadika pun sama. [hehe]
Aish. Lambat pulak universiti aku ni nak cuti.

Ha. dah macam satu tradisi turun temurun.
Bila cuti je. Kahwin.
Bila cuti je. Kenduri.
BIla cuti je. Tunang.
Memanglah kan. Takkan nak buat majlis masa orang sekolah.
Bosan gak kalau yang datang cuma orang tua yang hanya lepak-lepak kat rumah.
Ada anak-anak kecil dan besar baru meriah.
Sana sini khemah didirikan.
Macam-macam warna pelamin dibina.
Berjuta-juta kad kahwin diedarkan.
Untung butik dan kedai kad masa ini.
Tukang make-up pun tak cukup tangan.

Nasib aku bukan kat Malaysia.
Aku bukan tak suka pergi kenduri.
Kalau ibu aku bagi aku pergi pakai t-shirt atau apa-apa selain baju kurung, aku on je.
Ah. Bukan rimas. Tapi mudah dan pantas. Haha.
Lagi satu. Mana-mana kenduri juadah hampir sama je.
Cuba la buat ayam golek ke.
Western ke. Ikan bakar ke.
Baru lah semangat aku nak makan.
Ha. Aku paling suka kenduri yang bagi telur sebagai ole-ole.
Siap mintak-mintak lagi dari ahli famili yang lain,
Buat koleksi telur. Telur sedap. Sebab tu pipi naik macam telur.

Umur makin meningkat.
Aku tunggu kad jemputan dari kawan-kawan aku pulak.
Kalau kenduri masa aku free, aku akan balik ke Malaysia.
Ye lah, Walaupun aku banyak kawan [banyak ke], Mestilah diorang kawin sekali seumur hidup.
Tak tau la pulak kalau ada yang nak pasang empat. Satu ke dua ke tiga ke empat ke, hadiah sekali je erk.
Kawan-kawan aku semua dah ada calon.
Apa lagi, Cepat-cepatlah bina masjid.
Jangan lupa jemput aku. hehe. Aku nak tempat VIP tau. Cop nak duduk tengah-tengah pengantin. 
Kacau daun sungguh aku kan.


p/s ::: aish.. bila la giliran aku pulak ni.

2010-11-27

Pentingkah Mengira Berapa Lama Hubungan itu.

Hanya sekadar angka! ya, hanya sekadar angka dan nombor. tidak lebih dari itu.
Tak kisahlah hubungan persahabatan atau pencintaan, angka itu tidak memberi apa-apa makna.
Mahu bangga dengan angka yang besar, konon dah bercinta 5 tahun, konon nak bagi orang iri hati sebab konon-konon mereka dapat bertahan lama.
Mahu megah dengan persahabatan dari kecil, konon mampu bertahan sehingga kini, konon-konon berkawan sampai akhir hayat.
Persetankan semua itu. Hanya hipokrit semata-mata. Hanya lakonan manusia cuma. 
Berertikah angka itu jika dalam hati sang sahabat membenci sahabatnya dalam diam-diam.

Bermaknakah nombor itu jika cinta sang kekasih makin pudar dari hari ke hari.
Bergunakah menghitung setiap detik jika sang teman tidak mampu mengingati setiap kenangan bersama.
         Tidak mampu bertanya khabar walau cuma seminit. 
Kalaupun di pisah lautan, sang teman berada di timur sedangkan sang sahabat berada di utara, ke mana pergi semangat persahabatan itu. 
Tanya khabar pun tidak nampak bayang-bayang, inikan pula mahu mengharap ucapan sang sahabat pada hari-hari istimewa sang teman.
Layakkah digelar sahabat setia, kekasih setia jika tidak mampu pertahankan bunga-bunga pencintaan dalam hubungan.
Hanya seminit cuma. Seminit. 
Tidak mungkin seminit itu menghancurkan masa depanmu, wahai sahabat.
Tidak mungkin hanya seminit akan menyebabkanmu pokai sehingga hujung bulan, wahai kekasih.
Tidak mungkin. Memang tidak mungkin. 
Bohonglah kamu jika alasan menghantar mesej itu terlalu mahal.
Bukankah teknologi itu dibina untuk kemudahan manusia.
Atau kamu bukan manusia.
Mungkin jua kamu terlalu tolol dalam dunia teknologi.
Mana mungkin menghantar email pun tidak mampu.
Mana mungkin menegur di messenger pun tidak boleh.
Sahabat. Kekasih.
Teruskanlah sikapmu seperti ini.
Dan akhirnya nanti si teman dan si pencinta akan berlalu jua dari hatimu.
Hiduplah kamu dalam sesal yang tidak ada sudahnya.
Kerana setiap kenangan itu sangat berbeza untuk setiap perhubungan.
-Anna.

p/s ::: mari kita hargai sahabat dan teman kita!!!

2010-11-24

Masih Tidak Serik

Tatkala hati dikecewa
Janji dihempas sia-sia
Perasaan dirobek sekelip mata
Air mata turut mengalir
Mengalir deras, sederas aliran darah
Buat seketika, sang pencinta sunyi tanpa suara
Pilu tanpa cinta


Hanya seketika cuma
Masih tidak mengenal erti serik
Tiada perkataan lelah dalam kamus hidupnya
Akibatnya, kembali lagi ke situasi sama
Bahagia yang menerjah cuma sedetik
Hingga akhirnya dikecewakan lagi
Sampai ke sudah masih sama


Tidak penatkah sang pencinta?


-Anna.


Gambar tiada kaitan dengan siapa pun di dunia ini. haha!!! maaf  ya manusia yang jadi model  tak berbayar

2010-11-23