Followers

Before you read my posts, please forgive me for my bad grammar. And inconsistent pronoun, for sometimes I use "aku" and sometimes I use "saya", it depends on my mood and the post. Some of them are in English and some in Malay language. And the pictures in this blog mostly from google images. Btw, thanks for stopping by here.

2010-12-10

Just Sharing....

When I explore back the Infineight group one fine day, i found this short but great video. owh, wait! Infineight  group is a group for students studying at  MJSC LANGKAWI for year 06/07. So a few days before SPM, our Cikgu Hashim just asking for our little help. To do a quick recording, giving some motivational words for MJSC Langkawi's SPM 2010 candidates. Ahah. but i'm a very shy person so I don't do it. Sorry. A thousands respect for those who send their video. May MJSC Langkawi get the first place in Malaysia again. May the history of 2007 happens again!


2010-12-09

Jagalah pandangan, peliharalah kehormatan, tutuplah aurat!!!

Firman Allah SWT,
"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka atau saudara-saudara mereka atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam atau hamba-hamba mereka atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya." [An-Nur"31]

Wahai sahabat wanitaku
Tidak tersentakkah kau ketika membaca ayat-ayat al-Quran
Yang seringkali memperingatkan wanita
Hukum dan cara hidup yang benar
Cara hidup berlandaskan agama Islam

Wahai wanita sekaum denganku
Jagalah pandanganmu, rendahkan penglihatanmu
Bukan bermakna kau tidak bebas melihat dunia
Tapi ketahuilah dunia ini tidak ada yang istimewa
Berbanding syurga di akhirat kelak

Wahai wanita yang amat ku cintai
Peliharalah kehormatanmu sayang
Jangan kau terlalu merendahkan dirimu
Pada mana-mana manusia yang menabur janji
Peliharalah dirimu hanya untuk seorang yang istimewa

Wahai wanita yang ku kasihi
Jagalah pakaianmu, tutuplah auratmu
Jangan kau menampakkan walau seurat rambut
Jangan kau mendedahkan walau seinci lehermu

Apa yang kau banggakan dengan rambut ikalmu
Apa yang kau banggakan dengan leher putihmu
Apa yang kau megahkan dengan lengan gebumu
Tidak ada yang perlu dihebohkan
Jika setiap mata bukan muhrim yang memandang
Mengundang dosa buatmu

Wahai kekasih wanitaku
Apa kau tidak kasihan dengan bakal suamimu
Terpaksa menerima wanita yang sudah tercemar
Apa kau tidak malu dengan dirimu sendiri
Mulut lancar menyindir wanita lain
Memakai tudung menutup dada dikata tidak ada fesyen
Memakai baju labuh besar dikata kuno
Sedangkan ketika itu malaikat mencatat setiap perbuatanmu

Sungguh aku kasihan melihat kamu
Terlalu bangga dengan kecantikanmu
Terlalu leka mendedahkan aurat
Yang mana pada mata insan yang mempunyai iman
Amat membenci perbuatanmu itu
Kerana sungguh! Perbuatanmu itu jauh menyimpang dari ajaran Islam

Apa yang perlu dibanggakan dengan fesyen terkini
Perlukah kita, seorang muslimah mengikut cara hidup agama lain
Sedangkan kita dilahirkan dengan agama Islam yang memandang tinggi terhadap kaum wanita
Tidak bersyukurkah kita?

Wahai saudara wanitaku
Maafkan aku jika aku hanya mampu berbicara di sini
Bukan berhadapan denganmu
Kerana aku tidak mampu
Kerana aku juga tidak sempurna
Hanya mampu berusaha di sini
Semoga kita sama-sama berubah ke arah lebih baik

Wahai wanita yang kucintai
Allah itu Maha Pengampun
Masih belum terlambat jika kita sama-sama mahu bertaubat
Hanya Dia layak menghapuskan dosa kita
Ya, hanya Dia, jadi pintalah pada Nya

Wahai saudara wanitaku
Ketahuilah, aku ada di sisimu
Jika niatmu benar untuk ke arah yang lebih baik
Dan jika kau hanya berniat untuk menarikku
Untuk hidup dengan cara yang dibisikkan oleh syaitan
Maka jauhilah aku, kerana hati aku masih tidak kuat imannya
-© Anna

 "Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak agama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredhaan); dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya." (Surah Al-'Ankabuut 29 : 69) 
p/s ::: Masih dalam proses menguatkan iman diri sendiri.

p/ss :::

2010-12-07

zaman kecik-kecik

ooo. dulu waktu kecik-kecik, hidup aku macam orang nomad. pindah sana pindah sini. macam-macam felda dah famili aku keluar masuk. ayah aku selalu tukar-tukar tempat kerja tapi yang pasti, tak boleh lari dari FELDA. yang aku ingat, Felda Tenggaroh. tau tak kat mana? kat Johor sana tuuuu. masa tu aku tadika. best gak dok sana. macam-macam kenangan aku ada. hehe. 


haaa. tapi aku tak ingat apa-apa pasal Felda Sg. Koyan yang ada kat Raub. tau tak Raub tu kat mana??? ah, google la sendiri... jangan jadi malas. hehe. mungkin waktu tu aku kecik lagi kot. so, tak dapat nak ingat apa-apa.

credit to my mum
haaa.... teka la mana satu aku. sapa jawab yang bulatan biru tu memang sengal. haha. ingat aku tukar jantina ke apa. ni gambar dengan abang, kakak aku dan ibu aku serta anak-anak murid ibu aku. series, sorang pun aku tak kenal. haha.



rindu zaman kanak-kanak. ibu aku selalu buat jamuan macam-macam kat rumah. pastu penuhlah rumah dengan anak-anak murid ibu aku. best time tu. sebab dapat jumpa makanan yang sangat banyak. hehe. sebab tu sekarang dah jadi macam peti simpan makanan. kuikuikui....


p/s ::: post saja-saja tengah pening lagi dua hari exam oii. hehe!

2010-12-06

Selamat Menyambut Awal Muharram 1432 H

"Sesungguhnya bilangan bulan-bulan di sisi (hukum) Allah ialah dua belas bulan, (yang telah ditetapkan) dalam Kitab Allah semasa Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan yang dihormati. Ketetapan yang demikian itu ialah agama yang betul lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan-bulan yang dihormati itu (dengan melanggar laranganNya) dan perangilah kaum kafir musyrik seluruhnya sebagaimana mereka memerangi kamu seluruhnya dan ketahuilah sesungguhnya Allah berserta orang-orang yang bertakwa. [at-Taubah:36]"


Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.
[Hari ini pengakhiran tahun 1431H, masuk je maghrib, bermulalah tahun baru bagi umat Islam.]


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini
Setahun sudah masa berlalu
Kini Muharram menjelma lagi
Terima kasih tak terhingga
Ku tadahkan kepadaMu, ya Ilahi
Memberi peluang bernafas di muka bumi
Memberi kesempatan mencari cahayaMu

1432 H disambut gembira
Dengan azam dan tekad yang baru
Semoga dosa lalu diampunkan
Dan semoga kehidupan baru
Penuh dengan kebaikan

Ya Allah ya Tuhanku
PadaMu aku bersujud syukur
PadaMu jua aku menadah tangan
Meminta semoga dipanjang umur
Agar dapat ku temukan Muharram di masa akan datang




Sabda Rasulullah : “Puasa yang paling utama setelah Ramadhan adalah puasa di bulan Allah (yaitu) Muharram. Sedangkan shalat yang paling utama setelah shalat fardhu adalah shalat malam”. (H.R. Muslim) 


Sahabat, klik link ini [muharram dan keutamaan bulan muharram] kalau mahu membaca tentang Muharram. Ini yang saya jumpa. Kalau salah, sila betulkan.


Sedarkah kita? Allah masih memberi kita kesempatan untuk menjejakkan kaki ke tahun baru. Bererti kita masih ada kesempatan untuk mengubah diri kita, dari yang tak elok kepada yang lebih molek. Jom, kita gunakan peluang yang ada. Semoga Allah memberkati setiap usaha kita, Amin.


p/s ::: Selamat tahun baru sahabat.


p/ss ::: trend zaman sekarang, tahun baru Islam tak pernah ingat, diabaikan je. tapi kalau tahun baru 1 januari tu, seronok nak sambut, buat pestalah, konsertlah, lepas tu banyak lah kes maksiat. Semoga kita dijauhkan dari perkara seperti itu. Amin.


p/sss ::: perkara sunnah dan bida'ah dalam bulan muharram --> Oleh Ustaz Rasul Bin Dahri.

2010-12-05

wahai sang pencinta wanita

عَنْ أَبِى هُرَيْرَة َ قَال َقَالََ
 رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
اِنَّ الْمَرْأَةَ كا لضِّلَعِ اِذَا ذَهَبْتَ تَقِيمُهَا كَسَرْتَه
َاِنْ تَرَكْتَهَا اِسْتَمْتَعتَ بِهَا وَفِيْهَا عِوَجٌ
Dari Abu Hurairah r.a. Katanya :
Bersabda Rasulullah s.a.w. :
"Sesungguhnya kaum wanita itu bagai tulang rusuk.
Kalau engkau berusaha untuk meluruskannya (dengan keras)
akibatnya engakau mematahkannya dan kalau engkau biarkan
dapat engkau pergunakan, sedangkan dia tetap bengkok."
Hadis sahih riwayat Muslim


Bengkoknya tulang rusuk wanita
Bukan bererti degil dan tegar
Menerima nasihat dan pandangan
Dari insan yang mencintai dan dicintai

Bengkoknya tulang rusuk wanita
Bukan bererti harus dibiarkan
Dibiar hanyut diselimuti dosa
Dosa yang membawa wanita ke neraka jahanam

Wahai insan yang mencintai wanita
Dan dicintai oleh wanita
Sanggupkah kau melihat wanita itu
Melangkahkan kaki ke api besar kelak

Duhai pencinta wanita
Janganlah kau biarkan wanitamu
Terpesong dari agama Islam
Agama yang paling agung

Jika wanita mendedahkan auratnya
Tugas kamu sang pencinta
Untuk menegur wanita
Memberi nasihat dan didikan dengan sempurna
Agar auratnya terpelihara
Agar maruahnya tidak dipersendakan

Jika wanita terlalu bergaul bebas
Tugas kamu sang pencinta
Untuk membimbing wanita kembali ke ajaran yang benar
Hukumlah wanita itu dengan sederhana mungkin
Kerana hati wanita cukup rapuh
Bahkan lebih rapuh dari kayu yang ditimpa hujan

Jika wanita meninggalkan solat
Tugas kamu sang pencinta
Tanamkan dalam hati wanita
Satu perasaan takut kepada Allah
Satu perasaan yang membuatkan wanita itu
Selalu sujud dan meminta kepada Allah

Jika wanita merayu dan dirayu
Tugas kamu sang pencinta
Menguatkan hati wanita
Agar tidak mudah terpedaya
Agar kelak wanita selamat dari api yang membara

Duhai sang pencinta
Jika benar kau hidup dengan ajaran Islam
Tegarkah kau melihat saudara Islam mu
Dihanyut dosa sedangkan kau sebaliknya
Tidak tenang hati sang pencinta
Jika membiarkan wanita itu terus membuat dosa

Bimbinglah wanitamu duhai sang pencinta
Janganlah kau menggalakkan wanita membuat dosa
Membiarkan rambut dan susuk tubuh wanita
Menjadi santapan para lelaki lain siang malam 
Apa kau sudi menikahi wanita yang sudah tercemar
Tidak jijikkah kau dengan wanita begitu
Tidakkah kau sedih melihat wanitamu
Ibarat diambil maruahnya dengan mudah


Memang benar kau menikmati semua itu
Berpegangan tangan, bercium-ciuman, bertampar peluk mesra
Namun sampai bila mahu terus hidup dengan dosa
Mungkin kau takut kehilangan wanitamu
Jika kau memberi sedikit nasihat
Apa kau tidak takut berpisah dengan wanitamu
Di akhirat kelak ketika wanitamu dicampakkan ke api neraka
Menyesal kemudian memang tidak berguna

Jadi wahai sang pencinta
Mari mulakan langkah pertama
Bimbinglah wanitamu
Agar tenang hidup dengan ajaran Islam
- © Anna


p/s ::: Siapalah Hawa tanpa tulang rusuk Adam. Mari kita betulkan diri sendiri dan juga teman-teman. Semoga semuanya hidup dalam kesejahteraan. Amin

p/ss:::
wanita muslim dan auratnya

2010-12-03

Ayam Bakar Lada Hitam


Mari memasak lagi. Ok. Sebab baru beli ayam dari kedai yang jual ayam yang kat sebelah ayam jakarta tu, so, timbullah idea nak makan ayam. Memanglah kan. Takkan beli ayam tapi makan itik kot. 


Sekali masak untuk dua kali makan. Jimat masa owh. Malas nak masuk dapur masak banyak banyak kali. Alhamdulillah, walaupun baru mencuba, rasa dia taklah seteruk budak tadika memasak. Nampaklah gaya macam orang boleh bukak kedai jual lauk ayam je. Lauk lain tak pandai. Hehehe. Saya suka bakar ayam sebab tak perlu guna minyak sangat. Lagipun tak makan masa yang lama. Tahun ni je boleh masak guna microwave. Pas ni, pindah rumah, takde microwave dah. Sob sob sob. Sedih. Ingat nak beli oven, murah sikit dari microwave. Tapi tengok bajet dulu lah. ^_^


p/s ::: teringin nak pandai masak semua jenis masakan macam my mum. tak perlu jadi macam chef wan la. macam cik Hana ni pun ok la.. hehe

p/ss ::: sejak kurang makan benda minyak-minyak ni, kurang sikit jerawat aku. sebelum ni 80%, sekarang ada la 50%. haha..mcm xde beza.

2010-12-01

Simple Fried Macaroni


Salam and good evening.

today i wanna post bout food again. ahah. there is no me without food. again, i'm not a great cooker as my other friends but still learning. better than nothing, right?

tadaaaa~~~ simple fried macaroni. you just need to spare your 30 minutes and it's ready to be eaten by you. 30 minutes for chopping and cooking. suitable for me as student who need to find extra time to cook. need recipe? just Google it lah. or just cook by listening to your heart and mood. hhahaaaaa. sometimes i did that way but need to take the risk for their taste lah. weeee~~~~


if you like little sour taste, just put lime juice onto your macaroni. lime is good, for your health too.


still, i miss my mum's cooking. cant wait to go home, another 21 days!!! wowotttttt...

-happy cooking-

Firman Allah :
"Dan Kami telah menaungi kamu dengan awan (dari panas matahari di padang pasir) dan Kami turunkan kepada kamu "Manna" dan "Salwa",: Makanlah dari makanan-makanan yang baik yang Kami telah kurniakan kepada kamu dan tidaklah mereka menganiaya Kami (sebab mereka kufurkan nikmat itu), tetapi sebenarnya mereka adalah menganiaya diri sendiri."[2:57]

p/s ::: rindu nak makan tosai giler giler dah ni...

p/ss ::: makanlah makanan yang halal, bersih, sihat dan bermanfaat.


Selamat tinggal November



Selamat datang lagi, December....